About Me

Monday 12 December 2011

Kemahiran Membaca Ayat dan Frasa yang Mengandungi Diftong dan Vokal Berganding

Membaca dan Menyebut Perkataan Mengandungi Diftong dan Vokal Berganding.

Video Mari Menyanyi - Makanlah Sayur-Sayuran.

Sunday 11 December 2011

Membaca Perkataan Yang Mengandungi Vakol Berganding dan Diftong

Saturday 10 December 2011

VIDEO MARI MENYANYI - MUSIM BUAH-BUAHAN

MEMBINA DAN MENULIS PERKATAAN MENGANDUNGI DIGRAF,KONSONAN BERGABUNG DAN KATA BERIMBUHAN AWALAN DAN AKHIRAN

PANTUN TEKA TEKI

Kenali Buah Tempatan

Video Mari Menyanyi- Makanlah Buah-Buahan Tempatan

Membaca Suku Kata dan Perkataan

Friday 9 December 2011

Sebut dan eja nama sayuran - Kenal pasti kata nama am

Thursday 8 December 2011

Kemahiran Membaca Kata Berimbuhan Awalan dan Akhiran

Kemahiran Membaca Perkataan Mengandungi Digraf dan Konsonan Bergabung.

Wednesday 7 December 2011

Kemahiran Membaca Dan Menguasai Suku Kata Tertutup Yang Mengandungi Digraf

Tuesday 6 December 2011

Kebun Datuk Anas

Namakan jenis sayuran dan alatan berkebun yang terdapat dalam cerita ini.

Monday 5 December 2011

Tuesday 27 September 2011

SIMPULAN BAHASA

1.Anak buah
Makna : 1. anak saudara
             2. Orang kampung yang di bawah jagaan penghulu atau ketua kampung.
contoh ayat:
            1. Ahmad menjaga anak buahnya seperti menjaga anaknya sendiri.
            2. Sebagai ketua kampung, Pak Halim selalu melawat anak buah dibawah jagaannya.


2. Anak angkat
Makna : Anak orang yang dipelihara sebagai anak sendiri.
Contoh Ayat: Pasangan suami isteri itu telah mengambil anak angkat kerana mereka tidak mempunyai anak sendiri.

3.Anak emas
Makna : 1.Anak yang sangat disayangi dalam keluarga.
             2. Pekerja yang disayangi oleh majikan.
Contoh ayat:1. Auni ialah anak emas kedua ibu bapanya.
                     2. Kerana sifatnya yang ringan tulang, Abu menjadi anak emas kepada majikannya.
              

PERIBAHASA

1. Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang.

2.bagai kaca terhempas ke batu.
Maksud: Sangat sedih atau kecewa

3.Bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat dan saling membantu.

4. Bara yang digenggam biar jadi abu.
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan.

5. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
Maksud : Walaubagaimanapun kelebihan di negeri orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

6. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Maksud : mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

7. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat.