About Me

Tuesday 27 September 2011

SIMPULAN BAHASA

1.Anak buah
Makna : 1. anak saudara
             2. Orang kampung yang di bawah jagaan penghulu atau ketua kampung.
contoh ayat:
            1. Ahmad menjaga anak buahnya seperti menjaga anaknya sendiri.
            2. Sebagai ketua kampung, Pak Halim selalu melawat anak buah dibawah jagaannya.


2. Anak angkat
Makna : Anak orang yang dipelihara sebagai anak sendiri.
Contoh Ayat: Pasangan suami isteri itu telah mengambil anak angkat kerana mereka tidak mempunyai anak sendiri.

3.Anak emas
Makna : 1.Anak yang sangat disayangi dalam keluarga.
             2. Pekerja yang disayangi oleh majikan.
Contoh ayat:1. Auni ialah anak emas kedua ibu bapanya.
                     2. Kerana sifatnya yang ringan tulang, Abu menjadi anak emas kepada majikannya.
              

0 comments:

Post a Comment